Rabu, 18 Disember 2019

Sambutan Maulidur Rasul 2019 anjuran PMIUPM

Pada 10 November 2019 yang lepas, Persatuan Mahasiswa Islam UPM atau dikenali sebagai PMIUPM telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati Rasulullah SAW. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang disertai oleh kontinjen-kontinjen daripada kolej-kolej kediaman UPM, iaitu Kolej Canselor, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Kolej Tun Doktor Ismail, Kolej Pendeta Za'ba, Kolej Tiga Belas, Kolej Dua Belas, Kolej Empat Belas, Kolej Sepuluh dan Kolej Tujuh Belas. Semua kontinjen berkumpul di DKAP dan diberikan sarapan pagi sebelum memulakan perarakan





Lebih kurang 8.30a.m, semua kontinjen perarakan sudah bersedia. Perarakan bermula dari DKAP hingga ke Masjis UPM





Antara kontinjen-kontinjen kolej yang menyertai perarakan ini

Selepas berakhir perarakan hingga ke Masjid UPM, semua peserta memasuki masjid bagi menghadiri ceramah pula. Majlis dimulai dengan baacan doa, selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, alunan 99 Nama Allah, Asmaul Husna, bacaan ayat suci Al-Quran dan persembahan lain.
Majlis diakhiri dengan penyerahan hadiah dan sijil bagi pertandingan yang diadakan seperti pertandingan poster, video pendek, Anugerah Ikon, perararkan terbaik dan lain-lain
Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari dan pelajar bersurai ke kolej kediaman masing-masing,